Thursday, March 23, 2023

Meriahnya Shaklee Fun Day 2023


Pada 18 Mac, Sabtu yang lepas, Shaklee adakan Shaklee Fun Day. Wow, meriah sangat dengan pelbagai aktiviti dan hadiah yang menarik. Ada hadiah untuk yang baru nak join Shaklee. Tak lupa hadiah untuk ahli sedia ada.

Dan yang bestnya ada diskaun untuk promosi skincare terbaik iaitu Youth.

Memang bertuah dan meriah sangat siapa yang dapat join hari tu. Ini yang best kalau anda join bisnes Shaklee. Company sentiasa sokong dan menghargai kita. Komuniti yang saling menyokong. Event Shaklee yang meriah dengan pelbagai jenis hadiah.


Pada hari tersebut untuk ahli baru Shaklee anda akan dapat:

  • Ahli baru yang mendaftar dengan bayaran RM35 atau belian produk Shaklee bernilai 100uv anggaran dalam lebih kurang RM450 belian, akan mendapatkan hadiah percuma sebuah payung shaklee yang cantik.
  • Belian yang berikutnya 150uv dalam satu resit akan mendapat hadiah percuma payung dan note book.
  • Belian berikutnya 200uv dalam satu resit akan dapat hadiah percuma payung, note book dan City bag.
  • Belian berikutnya 300uv dalam satu resit akan dapat hadiah percuma payung shaklee, note book, City bag, dan D’daun bag.
  • Belian yang berikutnya 500uv dalam satu resit akan dapat hadiah percuma payung, note book shaklee, City bag, D’daun bag Dan Alfalfa Complex L.


Untuk yang dah jadi ahli Shaklee anda akan dapat:

  • Belian 100uv dalam satu resit akan dapat hadiah percuma Pouch & Ceramic Mug with Lid 400ml.
  • Belian 150uv dalam satu resit layak dapat hadiah percuma Pouch & Ceramic Mug with Lid 400ml dan Note book.
  • Belian 200 uv dalam satu resit layak dapat hadiah percuma Pouch& Ceramic Mug with Lid 400ml, Note book dan Youth Blue Shimmer Cosmetic case.
  • Belian 300uv dalam satu resit layak dapat hadiah percuma Pouch & Ceramic Mug with Lid 400ml, Note book Youth Blue Shimmer Cosmetic case, Youth Cleanse dan firm device.
  • Belian 500uv dalam satu resit layak dapat hadiah percuma. Pouch & Ceramic Mug with Lid Dan Note book, Youth Blue shimmer Cosmetic Case, Youth Cleanse dan firm device, Alfalfa complex L dan shaklee shopping Grocery bag device

Shaklee juga menwarkan promo skincare terbaik yang saya tulis di atas tadi, iaitu Youth Skincare. Siapa yang pakai Youth ni pasti takkan berpaling pada produk lain. Ha, jadi kena cuba kalau nak kulit awet muda, cerah berseri, glowing. Masa ni lah yang memang pakai Youth akan beli buat stok. Memang berbaloi.

Best kan? 

Moga lepas ni Shaklee akan buat banyak lagi event seperti ini. Agar yang tak dapat hadir 18 Mac hari tu, dapat sama-sama hadir memeriahkan suasana dan boleh grab hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan.


Kalau anda berminat nak join Shaklee dan nak berada dalam komuniti Shaklee yang best ni boleh hubungi saya di 0182777451 - Cikgu Tini


 #shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#blogmegashakle

Wednesday, March 22, 2023

KEBURUKKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU

Syukur, saya tergerak hati untuk hadir kelas bersemuka Dr Redza seorang Genomic Scientist Sabtu lepas di Hotel TH, Kelana Jaya.

Pada mulanya nak daftar kelas online je, sebab fikirkan nak tinggalkan anak-anak dan susahkan suami nak uruskan seorang diri. Tapi bila difikirkan kelas online di rumah pastinya tak mampu nak fokus. Biasalah bila di rumah ada sejuta kerja perlu diselesaikan.

Setelah dapat izin pak encik suami maka saya daftar kelas bersemuka. Dari Tanjong Malim ke KL Sentral dengan komuter jam 7.30 pagi. Nyaris tertinggal tren. Mujur sempat. Dari KL Sentral ambil LRT ke Kelana Jaya seterusnya ambil grab ke Hotel TH.

Beliau memulakan tajuk dengan Nutrivention Fasting For Weight Loss. Dan beliau menyebut tentang Intermittent Fasting yang ramai orang selalu buat. Nak tahu Intermittent Fasting yang sebenar adalah selama 72 jam bersamaa 3 hari berpuasa tanpa makanan hanya minum sahaja. Sanggup?

Tetapi kalau buat 12-15 jam pun dah cukup sebenarnya. Namun puasa yang mengikut sunnah Rasulullah s.a.w adalah yang terbaik.

Di bawah adalah paparan berapa jam kita puasa dan kesan yang akan kita dapat.

Nampak tak kelebihan apabila kita berpuasa, antaranya sistem pencernaan kita rehat, pembakaran lemak meningkat dan perasan tak perkataan autophagy. Nak tahu tak apa itu autophagy? Autophagy ni adalah teknik untuk kita reset balik tubuh kita untuk remove toksin dalam badan dan recycle komponen sel dalam badan kita. Ramai orang yang buat IF ni nak capai autophagy ni lah.


Mari kita lihat apa kelebihan autophagy ni. Dapat detoks badan kita, sel kulit semakin remaja, mencegah kanser, meningkatkan energi sel kita.


Nak senang faham, untuk capai peringkat autophagy ini anda kena berpuasa selama 3 hari tanpa makanan hanya boleh minum sahaja. 

Memang autophagy ini banyak kelebihan yang anda akan dapat, terutama kepada pesakit kronik. Autophagy ini sangat membantu.

Tetapi autophagy ini juga ada kesan buruk yang ramai tak tahu. Iaitu bila buat autophagy, badan anda akan kehilangan collagen. Kerana autophagy ini menggalakan kemusnahan collagen dalam badan. Apa akan terjadi jika tiada collagen dalam badan kita? 30% protein dalam badan kita adalah collagen.

Kalau collagen kita rosak atau berkurang, kulit kita akan berkedut, rambut kering, nipis dan gugur, gusi berdarah dan banyak lagi.

Tetapi jika anda perlu melalui proses autophagy ini. Tidak perlu berlapar selama 72 jam. Kerana ada suplemen yang dapat membantu anda melalui proses autophagy ini dengan lebih cepat dan dapat result yang bagus. Dan mendapat kesan autophagy yang baik seperti dalam gambar di atas.


Inilah dia dua produk Shaklee yang membantu memberi anda kesan baik autophagy tanpa perlu melalui tempoh berlapar selama 72 jam.

Fungsi dua produk Shaklee ini ada dalam gambar di atas di mana kandungan resveratrol dalam Vivix membantu meningkatkan proses autophagy, sebab tu orang yang konsisten ambil Vivix nampak awet muda. Bestkan?

Manakala dalam CoQ-Trol Plus adalah produk antioksida yang begitu power untuk meningkatkan proses autophagy.

Di atas tadi saya ada sebut autophagy ini membuatkan kita kehilangan kolagen yang banyak dalam badan kita. Jadi kita wajib ambil kolagen.

Dan dalam Shaklee ada kolagen yang sangat bagus, yang wajib anda ambil jika anda memilih untuk menjalani proses autophagy ini.


Nak dapatkan supplemen terbaik dari Shaklee sila whatsapp ke Cikgu Tini 0182777451

Nak baca lagi tentang Keburukkan Intermittent Fasting sila klik ke blog sahabat saya.



#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriump2023



Friday, March 17, 2023

7 Sebab Kenapa Shaklee Suplemen Terbaik di Malaysia

Dr. Forrest C. Shaklee
Pengasas, Shaklee Corporation

“Kami membuat produk yang lembut kepada alam sekitar dan tidak pernah membuat ujian ke atas haiwan. Saya tidak akan mencipta produk yang akan merosakkan satu sel tisu di dalam badan. ”

Ini adalah falsafah DR Dr. Forrest C. Shaklee Pengasas, Shaklee Corporation. Yang mencipta multivitamin pertama di dunia. 

Sebelum ini saya bercerita tentang Set Kurus Shaklee . Hari ni saya nak bawa anda kenali Shaklee dan kenapa Shaklee adalah suplemen terbaik di Malaysia.




1) Shaklee syarikat pertama yang mencipta multivitamin organik pertama di dunia.

Shaklee merupakan syarikat multivitamin organik pertama di dunia dan dikomersialkan pada tahun 1915?  Sudah 108 tahun. Dan tiada sebarang kesan negatif yang dilaporkan oleh pengguna Shaklee sejak itu.

Melalui falsafah “Living in Harmony with Nature®” Shaklee berkembang pesat dalam tahun 1970-an dan terus kekal sebagai peneraju produk kesihatan yang bermutu, selamat, dipercayai dan mesra alam demi kehidupan yang sihat dan bahagia sehingga kini.

2) Produk yang terbukti SELAMAT.

Shaklee komited untuk membuat produk dari bahan semula jadi yang asli.

  • ProdukShaklee bebas daripada bahan tiruan dan bahan kimia yang berbahaya.
  • Produk Shaklee mematuhi standard keselamatan tertinggi.
  • Produk Shaklee lembut pada persekitaran.
  • Setiap satu daripada produk Shaklee adalah bebas gluten.
  • Shaklee tidak pernah melakukan ujian ke atas haiwan dan bebas dari penganiayaan.

Dari produk nutrisi dan kecantikan yang terbukti secara saintifik hingga ke kemampanan alam sekitar, Shaklee telah membantu berjuta-juta orang hidup lebih sihat, lebih muda dan lebih puas dengan kehidupan. Selamat. Terbukti. Berkesan.


Komitmen Jangka Panjang Shaklee untuk Ketulenan, Keselamatan Dan Keberkesanan.

Shaklee memusatkan perhatian kepada kualiti setiap produk Shaklee. Walaupun pengeluar menjalankan ujian ini, apabila produk ini dihantar ke Shaklee, Shaklee menjalankan ujian bebas sendiri. Shaklee mengendalikan lebih 100,000 ujian kawalan kualiti setiap tahun untuk memastikan kualiti dan potensi produk yang sampai kepada anda.

350 ujian ke atas setiap bahan botani baru untuk pencemaran yang berbahaya, racun perosak dan sisa lain.

Shaklee juga menjalankan lebih 100,000 ujian kawalan kualiti setiap tahun.


3) Produk yang telah TERBUKTI

Produk Shaklee disokong oleh lebih 100 paten dan sedang dipatenkan. Shaklee mempunyai lebih daripada 135 kajian klinikal, kertas saintifik, dan pembentangan, termasuk Kajian Landmark dan Kajian Telomere.


4) Produk yang BERKESAN

Atlet yang dikuasakan oleh Shaklee telah memenangi 137 pingat emas, perak, dan gangsa dalam perlawanan. Produk Shaklee memberikan perbezaan dalam kehidupan berjuta-juta orang, dari atlet pasukan prestasi tulen kelas dunia,  sehinggalah ke angkasawan NASA. Dan ia dibuktikan oleh orang seperti anda dan saya.


5) Produk yang ada Landmark Study


Kajian Landmark, diketuai oleh penyelidik pemakanan yang terkenal, Dr. Gladys Block bersama University of California, Berkeley, merupakan salah satu kajian terbesar pengguna jangka panjang pelbagai suplemen. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengambil makanan tambahan Shaklee mempunyai lebih banyak biomarker yang lebih sihat untuk jantung, otak, dan kesihatan kognitif berbanding dengan pengguna yang tidak mengambil suplemen atau pengambil suplemen bukan produk Shaklee.

Hasilnya sangat menakjubkan!
Kajian klinikal memerlukan para peserta menjalani pengambilan darah untuk memeriksa biomarker kesihatan utama. Oleh itu, kajian menunjukkan bahawa pengguna suplemen jangka panjang Shaklee menunjukkan peningkatan dalam kesihatan mereka.

6) Ada Kajian Telemore

DR. ELIZABETH BLACKBURN
Pemenang Hadiah Nobel dalam Perubatan 2009


Ahli Lembaga Penasihat Saintifik Shaklee Dr. Elizabeth Blackburn adalah Pemenang Hadiah Nobel dalam Perubatan dan dianggap sebagai individu terpenting dalam sains telomere. Kami telah bekerjasama dengan Dr. Blackburn dan terbukti bahawa menggunakan makanan tambahan Shaklee untuk jangka panjang menyebabkan penurunan kadar kependekan telomere sebanyak 40% di kalangan umur orang dewasa berbanding dengan kumpulan kawalan yang sihat.

7) Syarikat yang BERDAMAI DENGAN ALAM

Shaklee adalah syarikat pertama yang mengimbangi sepenuhnya pengeluaran karbon dan tidak meninggalkan jejak di bumi, Shaklee telah menanam lebih daripada 1 juta pokok di seluruh dunia dengan mendiang Dr Wangari Maathai, pemenang Nobel pertama yang diiktiraf untuk kerja-kerja alam sekitar.

Jadi tidak ada alasan untuk tidak memilih Shaklee. Betul tak? Pada saya Shaklee bukan sahaja supplemen terbaik di Malaysia tapi terbaik di dunia.

Nak dapatkan produk hebat ini boleh hubungi Cikgu Tini 0182777451

Nak baca lebih lagi tentang Shaklee Supplemen Terbaik Di Malaysia boleh klik.

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriump2023







Monday, March 13, 2023

Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee



Kebanyakkan antara kita memang target nak kurus sebelum raya ni kan? Yelah raya, nak pakai cantik-cantik, nak ootd dengan famili. Nak post gambar kat medsos. Ini memang dunia hari ini kita tak boleh lari dari norma-norma begini.

Tak salah pun, kita nak kurus sebenarnya untuk sihat. Bukan untuk cantik semata. Kalau kurus pun tapi kulit pucat tak bermaya, badan rasa letih macam tak cukup zat orang kata. Tak nak kan?

Yang penting kita kurus dan sihat. Bonusnya cantik. Bila kita sihat dan badan lebih ringan kita nak solat lebih mudah, nak buat aktiviti harian badan lebih ringan, cergas dan bertenaga, betul tak?

Saya yakin ramai yang search kat Google macam mana nak kurus, set kurus dan sebagainya. Dan Shaklee dan sediakan untuk kita Set Kurus Shaklee untuk kita kurus sebelum raya dengan Shaklee.

Ha, nak tahu tak apa ada dalam set kurus Shaklee ni. Set kurus ni juga dinamakan Hello New You.

Ha, ini dia Set Kurus Shaklee, dalamnya ada Cinch, ada Omega, Herblax dan Lecithin. Apa yang best lagi Shaklee bagi promo:
  • FREE 1 tong Cinch Shake Chocolate 
  • FREE 1 Shaker Shaklee Exclusive
  • FREE Membership
  • FREE Delivery
  • FREE Guides & Consultations dari team kami SKB.

Dan bulan ni adalah bulan terakhir Shaklee bagi promo best ni. Kalau uoalls perasan apa yang ada dalam set kurus ni ada dalam Set Puasa Shaklee. Dalam Set Puasa Shaklee ada ESP, ada Cinch dan ada Performance Drink. Kalau uoalls dah beli Set Puasa Shaklee, uoalls cuma perlu tambah Omega, herblax dan lecithin je untuk kurus sebelum raya ni. Wahhh, untung kan?

Uoalls mesti tertanya-tanya siapa lagi yang boleh ambil set kurus ni selain dari orang yang nak kurus? Ok, mari kita lihat,

Siapa yang perlukan Set IF @ Set Hello New You ni?
  • Anda yang nak TURUNKAN BERAT BADAN dengan sihat
  • Anda yang aim nak ada INCHLOSS 
  • Anda yang sedang GANTI PUASA
  • Anda yang perlukan SARAPAN/SAHUR yang jimat masa dan mudah disediakan
  • Anda yang sedang buat INTERMITTENT FASTING @ IF

Banyakkan fungsi set kurus ni, kalau dah habis raya nanti pun anda boleh teruskan consume set ni untuk maintainkan berat badan ideal anda.

Jom, saya terangkan pula fungsi setiap produk dalam set Hello New You ni. Ha, lepas ni anda memang boleh say Hello New Me kat diri sendiri sebab dah jadi 'orang baru' yang lebih sihat, kurus dan cantik.

Ok jom kita tengok fungsi Cinch. 

Sangat bagus untuk korang yang susah turunkan berat badan dan baik bagi yang ada gastrik dan sesuai bagi yang ingin berpuasa.

Cinch shaklee adalah minuman yang berasaskan protein untuk menggantikan makanan sepanjang proses penurunan berat badan. Sangat bagus sebab ianya memberi effect kenyang dengan kadar yang lebih lama.⁣
Bagaimana Cinch Shaklee bantu untuk kurus?⁣
Ini jawapannya,⁣👇
  • Memberikan rasa kenyang berjam-jam lamanya.⁣
  • Mengurangkan selera makan bagi anda yang tak boleh kawal nafsu makan.⁣
  • Memberi tenaga berpanjangan dan anda tak cepat penat walaupun melakukan pelbagai aktiviti harian.⁣
  • Meningkatan metabolisme badan.⁣
  • Memelihara otot bagi mengelakkan anda gemuk semula dengan cepat bila dah kurus.⁣
  • Anda boleh mengambil carbo seperti nasi dan sebagainya tetapi dengan kadar yang sedikit. 
⁣Cinch Shaklee ada 3 flavour.
CHOCOLATE⁣
LATTE⁣
VANILA⁣

Yang pasti ketiga-tiga ni semuanya sedap.


Ok, kita lihat pula fungsi Omega Guard Shaklee yang best ni.

Antara kebaikan Omega Guard Shaklee
1. Untuk Kurus
  • Meningkatkan kadar metabolisme
  • Meningkatkan kadar pembakaran lemak
  • Mengawal paras lemak yang sihat
  • Meningkatkan rasa kenyang
  • Meningkatkan paras insulin yang sihat
  • Mengurangkan tekanan
2. Untuk Tulang Dan sendi
  • Menangani keradangan 
  • Bertindak sebagai pelincir sendi
  • Membantu mengurangkan kekejangan sendi, bengkak dan sakit
  • Menggalakan pergerakan dan kelenturan sendi
3. Untuk Minda
  • Meningkatkan prestasi mental
  • Memperbaiki mood secara positif
  • Mengekalkan fungsi kognitif yang sihat untuk golongan lanjut usia.
  • Menggalakkan perkembangan otak yang sihat pada bayi semasa tempoh kehamilan dan awal kelahiran. 
4. Untuk Jantung Yang Sihat
  • Mengekalkan profil lipid yang sihat
  • Mengawal tekanan darah yang sihat
  • Memelihara saluran darah daripada tersumbat
  • Memberikan ritma degupan jantung yang sihat 
  • Menyokong peredaran darah yang sihat
5. Untuk Kulit
  • Meningkatkan kelembapan kulit
  • Membantu membaiki keradangan kulit seperti jerawat.
6. Untuk Kanak-kanak
  • Anak yang pintar memerlukan pemakanan yang tinggi dengan asid lemak omega 3, DHA, EPA
  • Membantu untuk kanak-kanak fokus dalam pelajaran
  • Baik untuk diamalkan oleh kanak-kanak yang ada masalah ekzema


Ok, jom kita kenal pula fungsi Lecithin Shaklee

Fungsi utama Lecithin adalah sebagai 'pemecah/pencair lemak' ataupun 'fat emulsifier'. 

Apabila Lecithin 'bertemu' dengan lemak lemak degil, ia akan 'memecahkan dan bercampur/bergabung' dengan lemak-lemak tersebut dan seterusnya membawa ia keluar. 

Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil.
.
Nak kurus? Nak maintain berat badan walaupun makan banyak? Nak control kolesterol dan gula dalam darah? Uoalls wajib cuba Lecithin.

Antara fungsi lain Lecithin adalah,

Bantu menguatkan daya ingatan dan memori
  • Bantu menguruskan berat badan
  • Mencantikkan kulit
  • Membantu penyerapan vitamin larut lemak dengan lebih baik
  • Bagus untuk prostat lelaki
  • Bantu kurangkan masalah sembelit
  • Bantu kurangkan masalah bengkak susu
  • Mencantikkan dan menyihatkan rambut
  • Pengelmulsi lemak dalam salur darah
  • Bantu mengawal masalah kolesterol

Dan yang terakhir adalah Herblax, jom kita berkenalan dengan Herblax.

Herba Lax adalah agen detox semulajadi yang dihasilkan Shaklee untuk masalah sembelit dan membuang tak lawas.
  • Ianya menyahtoksin usus kita, cuci usus kasi bersih termasuk lemak dan lendir.
  • Untuk perut buncit, banyak toksin , sangat sesuai ambil Herb-Lax ni. 
  • Toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.
  • Selepas badan dah buat proses detoksifikasi, usus akan menjadi lebih bersih dan sihat. 
  • Penyerapan suplemen akan lebih cepat dan berkesan.

Jadi dah jelaskan fungsi setiap produk dalam Set Kurus Shaklee ni kan. Jadi jom kita sama-sama kurus, sihat dan cantik raya ni dengan set ni.

Macam mana nak dapatkannya? Terus Whatsapp saya di 0182777451. Jumpa lagi dalam entry yang akan datang. Love uoalls.

Boleh baca lebih lagi tentang Set Kurus Shaklee di sini.
 

Sunday, March 12, 2023

DUIT RAYA AWAL SHAKLEE



Dalam zaman yang serba mencabar ni, kewangan dah jadi faktor utama dalam kehidupan kita betul tak? Adakalanya kita kena buat 2 atau 3 kerja dalam satu masa untuk menampung kos hidup yang mencanak naik.

Minggu depan dah buka sekolah. Ibu ayah sedang sibuk menyiapkan kelengkapan sekolah anak. Bukan sikit ya, sorang anak RM200-300. Kalau ada 3 atau 4 orang anak nak sekolah. Nipis terus simpanan yang ada.

Lepas tu kita nak sambut Ramadhan, seterusnya nak sambut Hari Raya Aidilfitri pula. Persiapan raya, nak balik kampung, duit raya untuk mak ayah, duit raya anak buah. Minyak tol perjalanan pergi dan pulang ke kampung. Aduh, bikin dunia ini pusing tanpa berhenti rasanya.

Ini antara faktor kenapa saya buat bisnes Shaklee. Sebelum ni saya memang didiagnos ada genetik berniaga dalam darah saya. Memang saya suka berniaga. Macam-macam saya jual dari pekasam, kerepek, baju, tudung, periuk, pinggan mangkuk sebutla apa semua ada.

Hinggalah saya bertemu dengan bisnes Shaklee. Yang saya rasa wow sangat. Bisnes yang tak perlu keluar modal pun. Macam buat dropship. Tak perlu simpan stok. Order barang semua di web. Bila customer order, kita key in order dalam website, kemuadian Shaklee akan poskan terus barang tersebut kepada customer kita.

Mudahkan. Tak perlu keluar rumah, asalkan ada smartphone dan internet dah boleh mula bisnes.

Tahun ini Hari Raya Aidilfitri dijangka pada 22 April 2023. Bonus Shaklee dijangka masuk dalam 13-15 Mac, wahhh dapat duit raya awal kan? Macam bantuan raya awal untuk kita. Best tak?

Baiklah, saya nak jelaskan juga macam mana anda semua yang baca blog ni boleh dapat duit raya awal dengan Shaklee. 

Ada 3 cara nak mula bisnes Shaklee anda.

1. Bayar yuran keahlian RM35 

2. Beli produk Shaklee dengan 100uv lebih kurang RM400 ke atas.

3. Beli produk yang Shaklee bagi promosi percuma keahlian.

Yang paling untung no.3 tulah, sebab kita dapat makan produk dan terus jadi ahli. Paling best bulan ni sempena nak sambut puasa Shaklee bagi promosi Set Ramadan Shaklee. Beli set ni terus dapat free ahli. Jimat RM35. Wow kan?


Bila dah makan produk, anda dah boleh mula kongsi kebaikan produk Shaklee pada adik beradik, kawan-kawan sekerja, jiran-jiran, followers anda kat facebook, instagram, blog dan Tik Tok . Jadi dari belian mereka inilah mengumpulkan UV atau point kepada anda yang akan ditukar kepada bonus tunai.

Bonus tunai ini pula akan masuk terus ke akaun anda. Seronokkan tahu-tahu duit masuk tengah bulan. Time orang lain kering tengah bulan, kita ada duit tepi dalam bank. Alhamdulillah. Boleh beli persiapan raya, duit dapur macam-macam lagi kan.

Nak tahu berapa anda boleh dapat dengan Shaklee? Tengok poster kat bawah.


Jadi anda tentukan berapa duit raya anda nak. Nampak macam sikit kan. Ha, ni saya tunjuk lagi kalau anda nak duit raya kepok-kepok untuk tahun-tahun akan datang.


Tapikan kalau anda nak dapat duit raya dari Shaklee cepat untuk bulan ni, jom saya bantu. Pertama anda beli set promo Shaklee, Set Ramadhan Shaklee, anda cari 15 orang yang nak perlukan Set Ramadhan Shaklee ni. Anda boleh dapat duit bantuan raya Shaklee lebih kurang RM 600, banyak juga tu kan?

Jadi jom kita buat duit raya tahun ni. Nak tahu teknik dan tips buat duit raya mudah dengan Shaklee boleh whatsapp saya di 0182777451

Nak baca tentang cara nak buat duit raya Shaklee lebih lagi boleh baca blog sahabat saya Duit Raya


#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023


Friday, March 10, 2023

Pengalaman Ramadhan Bersama Set Puasa Shaklee



Ramadhan tak lama dah kan? Ada satu perasaan indah di situ.

Tiap kali Ramadhan mesti teringat kecik-kecik dulu. Zaman tokmi, tok ayah kejut kami bangun sahur. Masa tu rumah lama 2 tingkat. Kami yang dah besar-besar ni tidur tingkat atas.

Tok ayah akan ketuk dengan batang penyapu dinding atas. Terus bertempiaran bangun. Takut oii.

Bersusun la kami 5 beradik keliling meja nak sahur, yang kecik-kecik masih tidur. Tak pernah miss sahur. Apa lauk yang dihidangkan kami makan tak banyak karenah, takut lapar punya pasal.

Sekarang dah jadi mak anak 5 aku hadap pula benda ni. Aku ni walaupun kategori mak singa tapi aku risau anak aku lapar. Sebab puasa depa lapar, depa dok berzikir tepi telinga aku, lapar-lapar sampai melepet tepi dapur. Aduhai.Jadi disebabkan itu sejak dua tahun lepas aku akan beli Set Ramadhan Shaklee ni.

Aku bancuh dan paksa anak-anak termasuk bapaknya minum. Alhamdulillah sepanjang Ramadhan sebelum-sebelum ni mereka boleh laluinya dengan kurang rasa letih dan lapar.

Antara set yang aku wajib beli untuk kami sekelurga bersahur adalah ESP + Cinch Shake + Performance Drink, Alhamdulillah sepanjang hari berpuasa tu rasa sihat dan sangat bertenaga, tak terasa letih atau lesu sangat.



Meh kita kenal dengan ESP Shaklee yang super best ni.

Dengan ESP Rasa lapar yang melampau tu kurangla. Kalau sahur dengan nasi pukul 10 pagi dah berlagu perutkan. Dengan Set Ramadhan ni sepanjang hari rasa selesa je perut takla lapar sangat. Untuk yang ada GASTRIK, memang terbaik sangat. Set Ramadhan Shaklee boleh membantu untuk mengatasi masalah gastrik. Tak ada rasa pedih-pedih perut. Ramai dah kawan-kawan aku yang beli dan minum ESP bagi feedback begini.

Antara kelebihan ESP lagi adalah,
  • Menghaluskan & mencantikkan kulit.
  • Memberi tenaga berterusan.
  • Cantikkan kuku & rambut.
  • Bantu turunkan berat badan yang berlebihan.
  • Menyokong pertumbuhan bayi dalam Rahim
  • Membantu mempercepatkan penyembuhan Luka.
  • Meningkatkan penghasilan susu ibu.
  • Memberi rasa kenyang lebih lama


Performance drink ni pun best taw.

Bila ambil Performance Drink masa sahur, kita akan rasa beza betul seharian berpuasa. Badan cergas and kurang rasa dahaga. Kelebihan Utama Performance Drink adalah:

Meningkatkan daya ketahanan badan – Memberi tenaga kepada otot dan sel serta mengembalikan air yang hilang semasa latihan fizikal.

Mencegah penghidratan – Mengurangkan rasa haus dan melembabkan kulit.

Membekalkan tenaga dan daya tahan fizikal – mengimbangi dan membekalkan elektrolite dalam tubuh dan mengimbangi metabolism serta air dalam badan.

Mengekalkan paras gula – Hal ini terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting untuk membekalkan tenaga kepada otot dan mempercepatkan penyembuhan akibat kecederaan otot.

Satu hidangan yang lazat untuk diminum seisi keluarga pada bila-bila masa dan di mana jua. Enak diminum begitu sahaja kerana Performance Drink berperisa oren atau boleh dicampur bersama minuman kegemaran anda.




Ini pula kelebihan Cinch Shaklee.

Ada 16 Kelebihan Cinch Shaklee

  • Memberikan rasa kenyang lebih lama.
  • Mengurangkan selera makan bag anda yang tak boleh control nafsu makan.
  • Memberi tenaga berpanjangan jadi anda tak cepat penat walaupun melakukan pelbagai aktiviti harian.
  • Meningkatan metabolisme badan.
  • Memelihara otot bagi mengelakkan anda gemuk semula dgn cepat bila dah kurus.
  • Anda boleh mengambil carbo spt nasi dsb tetapi dgn kadar yg sedikit.
  • Menghilangkan lemak yang berlebihan dan mengurangkan inci pada badan.
  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut.
  • Mengandungi Cinch Pro iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusine.
  • Diperkaya dengan Leucine untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan.
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang.
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian.
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga.
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  • Tada perisa, pewarna atau pemanis buatan
  • Soya bukan GMO
  • Yang bestnya Cinch Shaklee mempunyai 3 perisa yang menepati selera Asian.



InsyaAllah malamnya tak rasa letih sangat masa nak terawih. Bila siang kita bertenaga, sampai ke malam nak terawih pun steady je, tak lah mengantuk dan nak tidur terus lepas berbuka puasa.

Jom korang, jadikan Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita. Dapat perbanyakkan ibadah, dapat lebih bersemangat dalam mencari rezeki. Dapat rasa lebih cergas dan bertenaga untuk menguruskan keluarga.

InshaaAllah semua tu sebagai lubuk pahala buat kita.

Jomm berpuasa dengan lebih BERTENAGA dengan SET RAMADHAN SHAKLEE.

Nak dapatkan boleh hubungi Cikgu Mek terus.

www.wasap.my/60182777451/setramadhanshaklee

Nak baca details lagi tentang Set Ramadhan Shaklee boleh jenguk ke blog sahabat saya:

7 kesan ketara berpuasa dengan Shaklee


#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023