Saturday, April 29, 2023

Raya Dengan Shaklee Dari Pengedar Shaklee Tanjong Malim Dan Seluruh Malaysia



Syukur ke hadrat Ilahi kita berjaya lalui Ramadan tahun ini. Semoga segala amalan kita sepanjang Ramadan diterima oleh Allah. Dan kita dipertemukan lagi dengan Ramadan yang akan datang. 




Syukur juga kita dapat meraikan Aidilfitri penuh meriah bersama sanak-saudara dan keluarga. Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua pembeli produk Shaklee dengan saya dan semua pembaca blog ini.

Sebagai pengedar Shaklee sudah tentu saya dan anda yang mengamalkan produk Shaklee tak akan tinggalkan Shaklee semasa musim perayaan ini. Wajiblah kami beraya dengan Shaklee. Apatah lagi raya kali ini cukup meriah dengan hidangan pelbagai juadah dan jemputan rumah terbuka yang berderet sepanjang bulan Syawal ini.

Seronok kan? Kita raikan sahaja jemputan rumah terbuka sahabat handai dan rakan taulan kita. Tapi kita akan sedikit risau dengan pelbagai juadah Malaysia yang nampak berlemak dan berminyak tapi sangat sedap. Betul tak? Kalau tak makan rugi. Setahun sekali kan raya.

Tapi jangan risau, Shaklee ada untuk bantu anda bila anda mengambil makanan yang berlemak dan berminyak dan anda pasti risau berat anda naik mencanak. Mari kita lihat apa yang Shaklee dapat bantu anda di musim perayaan ini supaya berat badan anda tak naik mencanak selepas raya.

Nak Elak Berat Badan Naik Selepas Raya? 


Tahu tak inilah benda pertama yang saya masukkan dalam beg balik kampung. Lecithin, Omega Guard, Alfalfa dan Herb Lax. Bukan apa? Takut lupa. Yelah nak kemas 7 beg baju anak-anak dan mak ayah belum masuk beg biskut raya lagi.

Tahun ni kami beraya di Kelantan. Faham sahajalah makanan di Kelantan kebanyakkannya agak manis. Kalau pagi raya memang akan dihidangkan dengan nasi dagang, gulai ikan tongkol, tapai pulut, ketupat palas, rendang, sate dan macam-macam lagi. MasyaAllah memang tak mampu nak tolak.


Omega Guard: Bantu Bakar Lemak Dengan Pantas


Pagi raya memang wajib la kita makan ketupat cicah rendang kan. Ini yang akan kita capai dulu dalam deretan juadah raya atas meja. Lepas tu jangan lupa terus telan Omega Guard. Ini kerana Omega dapat membantu membakar lemak dengan pantas selepas kita ambil makanan yang berlemak dan berminyak.

Sebenarnya banyak lagi fungsi Omega ni, boleh rujuk poster di bawah.




Lecithin: Bantu Pecahkan Lemak Dan Kolestrol




Fungsi utama Lecithin adalah sebagai 'pemecah/pencair lemak' ataupun 'fat emulsifier'. 

Apabila Lecithin 'bertemu' dengan lemak lemak degil, ia akan 'memecahkan dan bercampur/bergabung' dengan lemak-lemak tersebut dan seterusnya membawa ia keluar. 

Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil.


Alfalfa: Membantu Proses Pencernaan



Bila banyak sangat kita mengambil makanan berlemak dan berminyak masa raya, kadang kala perut kita rasa berangin, kembung dan tak selesa. Jadi kita boleh ambil Alfalfa. 

Antara fungsi lain Alfalfa adalah:

  • Membantu membuang angin dalam badan dan perut yang menyebabkan rasa senak dan sakit pada ulu hati.
  • Melegakan ketidakselesaan perut
  • Menghilangkan rasa loya serta sendawa akibat perut berangin  


Herblax: Dapat Mengelakkan Sembelit


Satu lagi masalah utama semasa musim raya adalah, sembelit. Sebab kita kurang makan buah dan sayur. Asyik dihidangkan dengan ketupat, lemang, rendang, kuah kacang, biskut raya yang manis-manis hingga kita lupa nak makan buah dan sayur kadang tu. 

Jadi ramai yang hadapi masalah sembelit. Seksa ya, bila tak dapat 'membuang' secara normal. Jadi ambillah herblax yang dapat membantu melancarkan pembuangan kita.

Nak dapatkan supplemen kurus di musim perayaan? Boleh hubungi Cikgu Tini di www.wasap.my/60182777451

#NextLevelBlogging
#shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #blogmegashaklee 

Wednesday, April 19, 2023

JANA PENDAPATAN SAMPINGAN DENGAN BISNES SHAKLEE




Zaman sekarang ni kadang dengan satu pendapatan memang tak cukup.

Dengan kos sara hidup yang makin tinggi. Harga barang yang makin naik. Bil-bil yang perlu dilunasi. Memang boleh bikin pening kepala.

Jadi memang kita kena ada pendapatan sampingan atau gaji kedua. Tak kisah la apa cara pun asalkan halal. Dan zaman sekarang nak cari duit mudah adalahlah dengan buat bisnes online.

Salah satu cara jana pendapatan mudah adalah dengan insentif yang ditawarkan oleh Shaklee. Tak perlu sebarang kelulusan atau sijil untuk anda bina pendapatan dengan Shaklee. Hanya perlu semangat dan kerajinan sahaja.

Anda yang tentukan pendapatan bulanan anda dengan bisnes Shaklee. Dan Shaklee menawarkan pelbagai insentif antara yang utama adalah 3C iaitu CASH BONUS, CAR BONUS dan CONVENTION TRIP.

Mari kita tengok apa yang Shaklee tawarkan satu persatu.


1. ANDA TENTUKAN PENDAPATAN BULANAN ANDA.

Ya Shaklee menawarkan pendapatan tanpa had. Kalau anda nak lebih, anda perlu usaha lebih. Begitulah sebaliknya.

Shaklee bukan sahaja terhad kepada untung runcit malahan Shaklee menawarkan 13 sumber pendapatan atau bonus lain.

Menarikkan?


2. INSENTIF BONUS KERETA DARI SHAKLEE.

Wow! Bonus kereta dari Shaklee ni antara yang paling menarik kerana ia akan dibayar seumur hidup kepada anda selagi anda buat bisnes Shaklee.

Shaklee tak bagi kereta tapi bagi duit tunai. Jadi anda bebas nak guna duit tersebut sama ada nak bayar kereta idaman anda atau nak gunakan duit tersebut membayar komitmen bulanan atau jadikan simpanan. Terpulang kepada anda.


3. INSENTIF PERCUTIAN MEWAH PERCUMA DARI SHAKLEE.

Kepada kaki travel peluang ni yang paling anda kena grab. Shaklee menawarkan percutian mewah secara percuma kepada business leader yang dapat mencapainya.

Percutian ini bukan sahaja terhad kepada kita seorang yang buat bisnes Shaklee tapi Shaklee turut raikan ahli keluarga kita.

Kita dapat tiket percuma untuk pasangan, anak-anak malahan ibu ayah kita.

Percutian mewah, percuma siap duit belanja, luggage disediakan. Pergi bawa diri sahaja.




4. INSENTIF TAMBAHAN DUIT TUNAI DARI SHAKLEE.

Bermula April 2023 Shaklee menawarkan insentif tambahan sehingga mencecah Rm1800 duit tunai.

Ini tak termasuk cash bonus hasil jualan kita bersama team. Ini bonus tambahan. Seronokkan.

Antara syarat untuk mendapat cash bonus ini adalah:

KATEGORI PERTAMA

1. Anda perlu rank up sebagai Supervisor pada bulan April atau Mei atau Jun 2023.

2. Kekal efektif sebagai Supervisor untuk dua bulan berturut.

3. Maka anda layak mendapat cash bonus Rm600. Kalau kekal efektif untuk bulan-bulan yang akan datang anda layak dapat sehingga Rm1800.

Banyak tu, macam-macam boleh buat dengan duit tu.

KATEGORI KEDUA

1. Anda yang dah pernah rank up sebagai Supervisor. Anda perlu rank up sebagai Senior Supervisor pada bulan April, Mei atau Jun 2023.

2. Kekal efektif di rank terbaru anda pada dua bulan berikutnya.

3. Maka anda layak dapat cash bonus Rm600 sehingga mencecah Rm1800.

Best kan?




Jadi kalau anda nak jana pendapatan dengan bisnes Shaklee. Boleh hubungi saya untuk saya bantu anda bisnes ini hingga berjaya tanpa perlu anda tinggalkan kerjaya sedia ada anda.

Hubungi Cikgu Tini : www.wasap.my/60182777451





#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Thursday, April 13, 2023

Tips Kurus Cepat Tanpa Berlapar


Semua orang nak kurus. Kurus sinonim dengan cantik. Betul ke?

Jawapan ya tak salah pun. Sebab bila kurus anda senang nak gayakan macam -macam jenis pakaian dan bila kurus anda nampak lebih muda.

Tapi biarlah kita kurus dan sihat. Kalau kurus semata tapi badan letih dan tak bertenaga, tak best kan. Tak boleh menikmati hidup ini. Nak buat amal ibadah pun susah.

Kadang-kadang azam kita kuat nak kurus, nak turunkan berat badan memang kuat. Tapi kita selalu kalah dengan nafsu makan sendiri. Jadi mari kita lihat apa tips kurus cepat tanpa perlu berlapar sepanjang hari.



Tip kurus 1: Makan banyak sayur-sayuran.

Kita perlu ambil makanan yang tinggi sumber sayuran dan buah-buahan. Pilih jenis buah dan juga sayur yang mudah dihadam dan juga rendah kalori.

Antaranya adalah seperti epal, tembikai, bunga kubis dan juga brokoli.

Pelbagaikan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari, seperti membuat sup sayur, salad, dan salad buah-buahan.







Tip kurus 2: Wajib ambil sarapan.

Sarapan adalah hidangan yang paling penting untuk tubuh kerana sarapan bertindak sebagai pembekal tenaga selepas kita kekurangan tenaga setiap kali bangun daripada tidur.

Tambahan pula, jika tak mengambil sarapan, kita akan lebih cenderung untuk memakan lebih banyak makanan pada waktu makan seterusnya.

Ini akan menjadikan pengambilan kalori harian kita akan bertambah.

Jadi, sama ada anda lapar atau kenyang, wajibkan diri anda untuk mengambil sarapan setiap hari tanpa gagal.





Tip kurus 3: Ambil bijirin penuh.

Tukarkan roti putih biasa yang anda ambil setiap hari kepada roti bijirin penuh.

Tinggalkan sarapan yang tinggi lemak dan gula, beralih kepada oat. Campur buah -buahan segar dan susu segar. Boleh jadikan sarapan sihat anda.




Tip kurus 4: Biasakan berjalan 10,000 langkah setiap hari.

Berjalan ni, dapat membakar kalori yang anda ambil. Hari pertama mungkin rasa penat, teruskan. Hari-hari berikutnya pasti lebih mudah. Yang penting kita dapat jaga kesihatan kita.

10,000 langkah ni lebih kurang 8km atau 1 jam 40 minit. Boleh lakukan sedikit demi sedikit. Lama-lama akan rasa seronok nak berjalan 10,000 langkah ni.





Tip kurus 5: Jangan masuk dapur pada waktu malam.

Ha, malam-malam kita suka merayap ke dapur buat teh, kopi cicah pula dengan biskut atau roti. Sedapnya.

Jadi hentikan tabiat itu segera. Kalau lapar sangat tengah malam, banyakkan minum air masak.

Esok bangun pasti rasa diri lebih sihat.




Tip kurus 6: Ambil supplemen kurus Shaklee

Set kurus Shaklee ni dapat bantu anda turunkan berat badan dengan lebih cepat, tapi anda tetap rasa bertenaga dan tak rasa lapar selain dari anda amalkan tips kurus di atas. Setiap produk ada fungsi tersendiri macam dalam poster di atas.

Nak dapatkan set kurus Shaklee boleh hubungi saya Cikgu Tini di: www.wasap.my/60182777451/setkurusshaklee



#blogmegashaklee
#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Tuesday, April 11, 2023

BUSINESS ONLINE JANA INCOME MUDAH




Saya kategorikan diri ini saya sebagai manusia yang ada DNA bussines dalam diri saya. Saya sangat suka berniaga. Macam-macam produk saya jual dari pekasam, tudung, baju, laptop, supplemen. Sebut apa saja semua ada. Kereta saya macam pasar raya bergerak. Masa ni tak terfikir nak buat business online lagi.

Hingga suami saya pernah berkata "Nanti saya pun kena jual juga "Kami gelak sama-sama. Tapi dia adalah supporter utama saya hingga ke hari ini. 

Sebelum ni bisnes saya banyak secara offline atau saya bawa barang dan kawan-kawan datang pilih dan beli. Jadi saya perlu sentiasa ada stok ditangan. Jenuh juga kena keluar modal.

Ada satu hari tu, kami perlukan vitamin C. Masa tu zaman Covid mencanak naik. Suami saya perlu bekerja, manakala saya bekerja dari rumah. Bila sebut vitamin C saya automatik sebut "Kalau nak Vitamin C kita kena ambil Shaklee punya, jom cari Kak Yati".

Kak Yati ni sepupu sebelah suami. Kami jumpa dia nak beli sebotol Vitamin C. Sebelum ni banyak kali Kak Yati hubungi saya nak cerita tentang kelebihan Shaklee. Tapi biasalah kita sibuk dengan macam-macam hal. Jadi kami abaikan, sehinggalah kami cari balik beliau untuk sebotol Vitamin C.

Kak Yati tahu saya ni 'kaki berniaga', maka dia kongsi cerita tentang bisnes Shaklee. Masa tu saya dah layak untuk dapat free membership dengan pembelian set asas kesihatan Shaklee. Yelah masa tu semua orang takut Covid, jadi kesihatan jadi prioriti.

Selesai berjumpa Kak Yati, saya terdetik apa kata aku share je poster vitamin C dalam grup sekolah. Oh, ya lupa nak maklum saya juga seorang guru.

Dalam masa tak sampai sejam saya dapat order 5 botol Vitamin C. Wow seronok la pula rasanya. Saya teruskan sharing. Masa tu ada lebih kurang 10 hari sebelum closing. Akhirnya saya dapat cash bonus sebanyak RM 77 kali pertama saya promo produk Shaklee.

Saya tak perlu beli stok letak kat rumah pun, saya collect order dulu. Wah bestnya bisnes ni saya rasa. Bermula dari situlah saya mula ikuti pelbagai kelas coaching dari Shaklee, kelas bisnes online. Saya mula brandingkan diri saya di media sosial yang saya adalah pengedar Shaklee.

Sehingga saya pernah menerima bonus mencecah 4 angka dalam sebulan. Dan sehingga kini saya masih meneruskan bisnes Shaklee yang pada saya sangat berbaloi untuk buat.

Kenapa Bisnes Shaklee Sangat Mudah dan Berbaloi?

Boleh Jual Beli Secara Online

Cukup kita ada sebuah handphone dan internet, dah boleh buat bisnes. Menurut data dataeportal.com terdapat 33.03 million pengguna internet di Malaysia pada tahun 2023. Wow, hebat rakyat Malaysia kan? Jadi jualan online di internet adalah lubuk buat duit. 

Bisnes Shaklee pun ada jual beli secara online. Jual di semua platform media sosial dan blog. Beli melalui website Shaklee. Shaklee poskan pada customer kita. Cukup masa kita terima cash bonus. Sambil duduk rumah jaga anak boleh buat bisnes. Sambil masak kat dapur pun boleh masuk sale.

Macam saya terikat dengan kerja hakiki. Lepas atau sebelum masuk kerja saya akan fokus pada bisnes Shaklee. Saya tak perlu risau stok terperuk belakang pintu tak laku. Sebab stok semua kat web, saya order guna phone je. Kadang dalam kereta depan rumah, sebelum masuk rumah. Kadang masa tengah berjalan kat mall dengan anak-anak.

Yang penting ada duit masuk. 



Boleh Buat Business Online Shaklee Walau Ada Kerjaya Tetap.

Ya, saya terikat dengan tugas hakiki saya sebagai guru. Tapi bisnes online Shaklee saya boleh run diluar waktu kerja hakiki saya. Ia tak ganggu tugas saya sebagai guru. Sebab saya bukan kena buka kedai, saya kena pantau pekerja saya atau saya kena pergi angkut banyak-banyak stok simpan kat rumah.

Semuanya secara online, promo online, order online, arahkan untuk Shaklee poskan pun secara online. Tahu-tahu dah sampai pada customer. Guide customer cara makan pun menerusi whatsapp. Jadi takde alasan tak nak buat.

Zaman sekarang, orang buat 2-3 kerja dalam satu masa itu perkara biasa. Harga barang makin mahal, komitmen setiap orang berbeza. Jadi kalau nak hidup selesa kita korbankan sikit masa lapang kita untuk buat bisnes demi keselesaan keluarga kita.

Business Online Modal Rendah.

Ya buat business online ni anda tak perlu sewa kedai, bayar gaji pekerja, bayar kos utiliti, kos renovasi kedai dan sebagainya. Cuma bayar kos internet sahaja. Malahan dengan Shaklee kos plastik pembungkus, salotape, kotak, dakwat pen pun semua Shaklee dah tanggung dalam kos postage yang kita bayar. 

Kalau belian lebih RM 300 free postage Shaklee bagi. Kos nak mula business online Shaklee pun cuma RM35. Kalau time promosi ada yang Shaklee bagi free postage, free delivery lagi. Ya Allah banyaknya jimat.

Produk Shaklee Cukup Dikenali.

Bila sebut Shaklee biasanya respos kita dapat "Oooooo, pernah dengar". Betul tak? Produk dah lebih 100 tahun di pasaran. Kalau tak bagus dan berkesan takkan bertahan selama itu. Betul tak? Jadi sangat senang nak jual. Sebab orang dah kenal dan orang dah percaya pada produk tersebut.

Bayaran Bonus Infiniti

Seperti awal-awal di atas, saya maklumkan saya menerima bonus sehingga 4 angka sebulan. Itu masa bulan-bulan awal saya buat bisnes online Shaklee. Tahukah anda ada leader Shaklee menerima bonus sehingga puluhan dan ratusan ribu ringgit hanya buat bisnes dari rumah sahaja. Saya juga sedang menuju ke arah itu. InsyaAllah.

Jadi jika ada antara anda yang sedang tercari-cari business online apa yang patut dicuba. Boleh hubungi saya melalui nombor di bawah. Kita buat bisnes ni sama-sama. Kita bimbing sehingga anda rasa sangat berbaloi mengenali Shaklee.

www.wasap.my/60182777451/nakbuatbisnesShaklee

#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

Friday, April 7, 2023

VITAMIN KULIT CANTIK SEBELUM RAYA HARGA RAHMAH


Tak sampai dua minggu lagi, umat Islam nak sambut Aidilfitri. Macam-macam persiapan dah buat. Dari baju raya, kasut raya, tudung raya, kuih muih dah ada senarai lengkap. Senang hati, ready awal tak kalut orang kata.

Tapi bila pandang cermin je, hati resah gelisah. Melihat jerawat yang penuh di wajah seolah tak nak surut. Stressnya Tuhan sahaja yang tahu. Hanya orang yang pernah melaluinya akan rasa bebannya bila kulit muka berjerawat. Kita jadi malas nak jumpa orang, kita tak selesa bila orang tenung muka kita lama-lama. Hilang keyakinan diri terus.

Kadang tu bila jerawat mengecut, tinggal parut hitam pula. Letakla bedak tebal mana pun tetap rasa muka menggerutu. Belum lagi rasa pedih dan sakit bila yang naik tu jerawat nanah. 

Tangan mula scroll sana sini mencari solusi. Maka terjumpalah punca jerawat yang merajai wajah kita.



PUNCA JERAWAT

1. Pori yang tersumbat punca jerawat naik mendadak

Jerawat berlaku apabila lubang-lubang kecil pada kulit atau folikel rambut kita tersumbat.Pada permukaan kulit, ada kelenjar kecil yang dikenali sebagai kelenjar minyak. yang dikenali sebagai sebum.

Individu yang berjerawat menghasilkan banyak sebum berbanding orang biasa. Lebihan sebum ini akan bercampur dengan sel kulit mati dan menyebabkan pori menjadi tersumbat.

Jika pori yang tersumbat ini dekat dengan kulit, ia akan menghasilkan whitehead. Tetapi, jika folikel ini terbuka, ia akan membentuk blackhead.

Kemudiannya, bakteria yang tinggal pada kawasan kulit akan menjangkiti folikel ini dan menyebabkan pembentukan papules, pustules, nodules atau sista.

 2. Penghasilan testosteron yang tinggi

Penyebab jerawat di kalangan remaja pula biasanya dikaitkan dengan peningkatan hormon testosteron dalam badan.Hormon ini memainkan peranan penting dalam tumbesaran zakar dan testikel dalam kalangan lelaki.

Untuk perempuan pula, testosteron digunakan untuk mengekalkan kekuatan otot dan tulang. Kelenjar minyak amat sensitif terhadap sebarang perubahan hormon.

Oleh sebab itu, peningkatan hormon testosteron dalam badan secara tidak langsung akan menghasilkan lebih banyak sebum pada kulit.

3. Faktor genetik punca jerawat.

Ada kajian menunjukkan jika kedua-dua ibu bapa kita mempunyai masalah ini, maka kita akan mengalami jerawat yang serius pada waktu muda.

Sama jugalah jika mereka mempunyai jerawat ketika dewasa, kita juga berkemungkinan mempunyai masalah yang sama.

4. Masalah jerawat dalam kalangan wanita

Wanita lebih berisiko untuk mempunyai masalah jerawat berbanding lelaki.

Semuanya disebabkan perubahan hormon pada waktu tertentu seperti ketika datang haid. 

Ramai remaja wanita mengalami masalah jerawat sebelum datang haid.

Kehamilan. Ramai wanita yang breakout ketika hamil. Selalunya perkara ini berlaku pada 3 bulan pertama kehamilan.

PCOS. PCOS merupakan penyakit yang akan menyebabkan jerawat, peningkatan berat badan dan pembentukan sista kecil di dalam ovari.

5. Lain-lain punca jerawat Ada beberapa amalan lain yang boleh mencetuskan jerawat. 

Antaranya ialah: Penggunaan bahan kosmetik tertentu. 

Elakkan mengguna pakai bahan kosmetik yang tidak mendapat pengesahan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Pengambilan ubat-ubatan tertentu, seperti ubat yang mengandungi steroid, lithium (untuk merawat depresi dan bipolar) dan juga beberapa jenis ubat untuk merawat epilepsi.

Sering memakai barang yang menekan kawasan kulit yang terjejas seperti topi atau beg galas.

Merokok. Amalan merokok boleh menyebabkan jerawat dalam kalangan orang dewasa.

CARA MENGATASI JERAWAT

Ada banyak cara untuk mengatasi jerawat ni. Ada cara tradisional, ada cara makan ubat dan cara terbaik adalah dengan pengambilan supplemen yang selamat untuk memastikan tubuh badan dan kulit kita sihat dengan mendapat nutrisi secukupnya.

Antara vitamin kulit yang sangat-sangat kita perlukan adalah Vitamin C dan ESP.

Mari kita tengok apa fungsi Vitamin C dan ESP ini yang dapat membantu mengatasi masalah jerawat kita.



KELEBIHAN VITAMIN C DALAM MENGATASI MASALAH JERAWAT

  • Mencerahkan kulit wajah
  • Membantu mengatasi JERAWAT
  • Memudarkan Parut Jerawat
  • Bagus untuk atasi masalah RESDUNG
  • Bagus untuk atasi SUNBURN
  • Menegangkan kulit wajah
  • Membantu bina kolagen semulajadi dalam badan
  • Meningkatkan Kesuburan
  • Meningkatkan sistem imunisasi agar tidak mudah terkena jangkitan penyaki.



KELEBIHAN ESP DALAM MENDAPATKAN KULIT YANG CANTIK

  • Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot
  • Memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot
  • Mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut 
  • Memulihkan pigmentasi 
  • Melambatkan proses uban, rambut gugur,alah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
  • Kekal Muda - Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.
  • Mencantikkan & menganjalkan kulit – ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan kulit, bertindak sebagai agen anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit, mengembalikan kelembutan otot 
  • Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan keremajaan kulit dan memastikan kita sentiasa bertenaga sepanjang hari.

SHAKLEE OFFER HEALTHY RAHMAH SET UNTUK KULIT CANTIK




Memang wow tengok harga Healthy Rahmah Set ni atau set vitamin kulit terbaik dengan harga yang sangat berbaloi.

Anda boleh dapatkan sebotol vitamin C dan setong ESP dengan harga RM 99 sahaja. Kalau nak dapatkan dua set harganya cuma RM188. Untuk ahli baru lagi best dapat free delivery jimat RM10 dan free keahlian jimat RM35. Berbaloi sangat kan? 

Demi kulit cantik halus mulus, cerah gebu di pagi raya. Jom dapatkan set ini dengan saya di www.wasap.my/60182777451/vitaminhargarahmah

Nak baca details lagi tentang vitamin kulit boleh klik.

#NextlevelBlogging
#shakleethrive2023
#shakleetriump2023
#SetRahmahShaklee2023