Saturday, April 29, 2023

Raya Dengan Shaklee Dari Pengedar Shaklee Tanjong Malim Dan Seluruh Malaysia



Syukur ke hadrat Ilahi kita berjaya lalui Ramadan tahun ini. Semoga segala amalan kita sepanjang Ramadan diterima oleh Allah. Dan kita dipertemukan lagi dengan Ramadan yang akan datang. 




Syukur juga kita dapat meraikan Aidilfitri penuh meriah bersama sanak-saudara dan keluarga. Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua pembeli produk Shaklee dengan saya dan semua pembaca blog ini.

Sebagai pengedar Shaklee sudah tentu saya dan anda yang mengamalkan produk Shaklee tak akan tinggalkan Shaklee semasa musim perayaan ini. Wajiblah kami beraya dengan Shaklee. Apatah lagi raya kali ini cukup meriah dengan hidangan pelbagai juadah dan jemputan rumah terbuka yang berderet sepanjang bulan Syawal ini.

Seronok kan? Kita raikan sahaja jemputan rumah terbuka sahabat handai dan rakan taulan kita. Tapi kita akan sedikit risau dengan pelbagai juadah Malaysia yang nampak berlemak dan berminyak tapi sangat sedap. Betul tak? Kalau tak makan rugi. Setahun sekali kan raya.

Tapi jangan risau, Shaklee ada untuk bantu anda bila anda mengambil makanan yang berlemak dan berminyak dan anda pasti risau berat anda naik mencanak. Mari kita lihat apa yang Shaklee dapat bantu anda di musim perayaan ini supaya berat badan anda tak naik mencanak selepas raya.

Nak Elak Berat Badan Naik Selepas Raya? 


Tahu tak inilah benda pertama yang saya masukkan dalam beg balik kampung. Lecithin, Omega Guard, Alfalfa dan Herb Lax. Bukan apa? Takut lupa. Yelah nak kemas 7 beg baju anak-anak dan mak ayah belum masuk beg biskut raya lagi.

Tahun ni kami beraya di Kelantan. Faham sahajalah makanan di Kelantan kebanyakkannya agak manis. Kalau pagi raya memang akan dihidangkan dengan nasi dagang, gulai ikan tongkol, tapai pulut, ketupat palas, rendang, sate dan macam-macam lagi. MasyaAllah memang tak mampu nak tolak.


Omega Guard: Bantu Bakar Lemak Dengan Pantas


Pagi raya memang wajib la kita makan ketupat cicah rendang kan. Ini yang akan kita capai dulu dalam deretan juadah raya atas meja. Lepas tu jangan lupa terus telan Omega Guard. Ini kerana Omega dapat membantu membakar lemak dengan pantas selepas kita ambil makanan yang berlemak dan berminyak.

Sebenarnya banyak lagi fungsi Omega ni, boleh rujuk poster di bawah.




Lecithin: Bantu Pecahkan Lemak Dan Kolestrol




Fungsi utama Lecithin adalah sebagai 'pemecah/pencair lemak' ataupun 'fat emulsifier'. 

Apabila Lecithin 'bertemu' dengan lemak lemak degil, ia akan 'memecahkan dan bercampur/bergabung' dengan lemak-lemak tersebut dan seterusnya membawa ia keluar. 

Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil.


Alfalfa: Membantu Proses Pencernaan



Bila banyak sangat kita mengambil makanan berlemak dan berminyak masa raya, kadang kala perut kita rasa berangin, kembung dan tak selesa. Jadi kita boleh ambil Alfalfa. 

Antara fungsi lain Alfalfa adalah:

  • Membantu membuang angin dalam badan dan perut yang menyebabkan rasa senak dan sakit pada ulu hati.
  • Melegakan ketidakselesaan perut
  • Menghilangkan rasa loya serta sendawa akibat perut berangin  


Herblax: Dapat Mengelakkan Sembelit


Satu lagi masalah utama semasa musim raya adalah, sembelit. Sebab kita kurang makan buah dan sayur. Asyik dihidangkan dengan ketupat, lemang, rendang, kuah kacang, biskut raya yang manis-manis hingga kita lupa nak makan buah dan sayur kadang tu. 

Jadi ramai yang hadapi masalah sembelit. Seksa ya, bila tak dapat 'membuang' secara normal. Jadi ambillah herblax yang dapat membantu melancarkan pembuangan kita.

Nak dapatkan supplemen kurus di musim perayaan? Boleh hubungi Cikgu Tini di www.wasap.my/60182777451

#NextLevelBlogging
#shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #blogmegashaklee 

No comments:

Post a Comment