Tuesday, April 11, 2023

BUSINESS ONLINE JANA INCOME MUDAH




Saya kategorikan diri ini saya sebagai manusia yang ada DNA bussines dalam diri saya. Saya sangat suka berniaga. Macam-macam produk saya jual dari pekasam, tudung, baju, laptop, supplemen. Sebut apa saja semua ada. Kereta saya macam pasar raya bergerak. Masa ni tak terfikir nak buat business online lagi.

Hingga suami saya pernah berkata "Nanti saya pun kena jual juga "Kami gelak sama-sama. Tapi dia adalah supporter utama saya hingga ke hari ini. 

Sebelum ni bisnes saya banyak secara offline atau saya bawa barang dan kawan-kawan datang pilih dan beli. Jadi saya perlu sentiasa ada stok ditangan. Jenuh juga kena keluar modal.

Ada satu hari tu, kami perlukan vitamin C. Masa tu zaman Covid mencanak naik. Suami saya perlu bekerja, manakala saya bekerja dari rumah. Bila sebut vitamin C saya automatik sebut "Kalau nak Vitamin C kita kena ambil Shaklee punya, jom cari Kak Yati".

Kak Yati ni sepupu sebelah suami. Kami jumpa dia nak beli sebotol Vitamin C. Sebelum ni banyak kali Kak Yati hubungi saya nak cerita tentang kelebihan Shaklee. Tapi biasalah kita sibuk dengan macam-macam hal. Jadi kami abaikan, sehinggalah kami cari balik beliau untuk sebotol Vitamin C.

Kak Yati tahu saya ni 'kaki berniaga', maka dia kongsi cerita tentang bisnes Shaklee. Masa tu saya dah layak untuk dapat free membership dengan pembelian set asas kesihatan Shaklee. Yelah masa tu semua orang takut Covid, jadi kesihatan jadi prioriti.

Selesai berjumpa Kak Yati, saya terdetik apa kata aku share je poster vitamin C dalam grup sekolah. Oh, ya lupa nak maklum saya juga seorang guru.

Dalam masa tak sampai sejam saya dapat order 5 botol Vitamin C. Wow seronok la pula rasanya. Saya teruskan sharing. Masa tu ada lebih kurang 10 hari sebelum closing. Akhirnya saya dapat cash bonus sebanyak RM 77 kali pertama saya promo produk Shaklee.

Saya tak perlu beli stok letak kat rumah pun, saya collect order dulu. Wah bestnya bisnes ni saya rasa. Bermula dari situlah saya mula ikuti pelbagai kelas coaching dari Shaklee, kelas bisnes online. Saya mula brandingkan diri saya di media sosial yang saya adalah pengedar Shaklee.

Sehingga saya pernah menerima bonus mencecah 4 angka dalam sebulan. Dan sehingga kini saya masih meneruskan bisnes Shaklee yang pada saya sangat berbaloi untuk buat.

Kenapa Bisnes Shaklee Sangat Mudah dan Berbaloi?

Boleh Jual Beli Secara Online

Cukup kita ada sebuah handphone dan internet, dah boleh buat bisnes. Menurut data dataeportal.com terdapat 33.03 million pengguna internet di Malaysia pada tahun 2023. Wow, hebat rakyat Malaysia kan? Jadi jualan online di internet adalah lubuk buat duit. 

Bisnes Shaklee pun ada jual beli secara online. Jual di semua platform media sosial dan blog. Beli melalui website Shaklee. Shaklee poskan pada customer kita. Cukup masa kita terima cash bonus. Sambil duduk rumah jaga anak boleh buat bisnes. Sambil masak kat dapur pun boleh masuk sale.

Macam saya terikat dengan kerja hakiki. Lepas atau sebelum masuk kerja saya akan fokus pada bisnes Shaklee. Saya tak perlu risau stok terperuk belakang pintu tak laku. Sebab stok semua kat web, saya order guna phone je. Kadang dalam kereta depan rumah, sebelum masuk rumah. Kadang masa tengah berjalan kat mall dengan anak-anak.

Yang penting ada duit masuk. 



Boleh Buat Business Online Shaklee Walau Ada Kerjaya Tetap.

Ya, saya terikat dengan tugas hakiki saya sebagai guru. Tapi bisnes online Shaklee saya boleh run diluar waktu kerja hakiki saya. Ia tak ganggu tugas saya sebagai guru. Sebab saya bukan kena buka kedai, saya kena pantau pekerja saya atau saya kena pergi angkut banyak-banyak stok simpan kat rumah.

Semuanya secara online, promo online, order online, arahkan untuk Shaklee poskan pun secara online. Tahu-tahu dah sampai pada customer. Guide customer cara makan pun menerusi whatsapp. Jadi takde alasan tak nak buat.

Zaman sekarang, orang buat 2-3 kerja dalam satu masa itu perkara biasa. Harga barang makin mahal, komitmen setiap orang berbeza. Jadi kalau nak hidup selesa kita korbankan sikit masa lapang kita untuk buat bisnes demi keselesaan keluarga kita.

Business Online Modal Rendah.

Ya buat business online ni anda tak perlu sewa kedai, bayar gaji pekerja, bayar kos utiliti, kos renovasi kedai dan sebagainya. Cuma bayar kos internet sahaja. Malahan dengan Shaklee kos plastik pembungkus, salotape, kotak, dakwat pen pun semua Shaklee dah tanggung dalam kos postage yang kita bayar. 

Kalau belian lebih RM 300 free postage Shaklee bagi. Kos nak mula business online Shaklee pun cuma RM35. Kalau time promosi ada yang Shaklee bagi free postage, free delivery lagi. Ya Allah banyaknya jimat.

Produk Shaklee Cukup Dikenali.

Bila sebut Shaklee biasanya respos kita dapat "Oooooo, pernah dengar". Betul tak? Produk dah lebih 100 tahun di pasaran. Kalau tak bagus dan berkesan takkan bertahan selama itu. Betul tak? Jadi sangat senang nak jual. Sebab orang dah kenal dan orang dah percaya pada produk tersebut.

Bayaran Bonus Infiniti

Seperti awal-awal di atas, saya maklumkan saya menerima bonus sehingga 4 angka sebulan. Itu masa bulan-bulan awal saya buat bisnes online Shaklee. Tahukah anda ada leader Shaklee menerima bonus sehingga puluhan dan ratusan ribu ringgit hanya buat bisnes dari rumah sahaja. Saya juga sedang menuju ke arah itu. InsyaAllah.

Jadi jika ada antara anda yang sedang tercari-cari business online apa yang patut dicuba. Boleh hubungi saya melalui nombor di bawah. Kita buat bisnes ni sama-sama. Kita bimbing sehingga anda rasa sangat berbaloi mengenali Shaklee.

www.wasap.my/60182777451/nakbuatbisnesShaklee

#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

No comments:

Post a Comment