Jawapan ya tak salah pun. Sebab bila kurus anda senang nak gayakan macam -macam jenis pakaian dan bila kurus anda nampak lebih muda.
Kadang-kadang azam kita kuat nak kurus, nak turunkan berat badan memang kuat. Tapi kita selalu kalah dengan nafsu makan sendiri. Jadi mari kita lihat apa tips kurus cepat tanpa perlu berlapar sepanjang hari.
Tip kurus 1: Makan banyak sayur-sayuran.
Kita perlu ambil makanan yang tinggi sumber sayuran dan buah-buahan. Pilih jenis buah dan juga sayur yang mudah dihadam dan juga rendah kalori.
Antaranya adalah seperti epal, tembikai, bunga kubis dan juga brokoli.
Pelbagaikan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari, seperti membuat sup sayur, salad, dan salad buah-buahan.
Tip kurus 2: Wajib ambil sarapan.
Sarapan adalah hidangan yang paling penting untuk tubuh kerana sarapan bertindak sebagai pembekal tenaga selepas kita kekurangan tenaga setiap kali bangun daripada tidur.
Tambahan pula, jika tak mengambil sarapan, kita akan lebih cenderung untuk memakan lebih banyak makanan pada waktu makan seterusnya.
Ini akan menjadikan pengambilan kalori harian kita akan bertambah.
Jadi, sama ada anda lapar atau kenyang, wajibkan diri anda untuk mengambil sarapan setiap hari tanpa gagal.
Tip kurus 3: Ambil bijirin penuh.
Tukarkan roti putih biasa yang anda ambil setiap hari kepada roti bijirin penuh.
Tinggalkan sarapan yang tinggi lemak dan gula, beralih kepada oat. Campur buah -buahan segar dan susu segar. Boleh jadikan sarapan sihat anda.
Tip kurus 4: Biasakan berjalan 10,000 langkah setiap hari.
Berjalan ni, dapat membakar kalori yang anda ambil. Hari pertama mungkin rasa penat, teruskan. Hari-hari berikutnya pasti lebih mudah. Yang penting kita dapat jaga kesihatan kita.
10,000 langkah ni lebih kurang 8km atau 1 jam 40 minit. Boleh lakukan sedikit demi sedikit. Lama-lama akan rasa seronok nak berjalan 10,000 langkah ni.
Tip kurus 5: Jangan masuk dapur pada waktu malam.
Ha, malam-malam kita suka merayap ke dapur buat teh, kopi cicah pula dengan biskut atau roti. Sedapnya.
Jadi hentikan tabiat itu segera. Kalau lapar sangat tengah malam, banyakkan minum air masak.
Esok bangun pasti rasa diri lebih sihat.
Tip kurus 6: Ambil supplemen kurus Shaklee
Set kurus Shaklee ni dapat bantu anda turunkan berat badan dengan lebih cepat, tapi anda tetap rasa bertenaga dan tak rasa lapar selain dari anda amalkan tips kurus di atas. Setiap produk ada fungsi tersendiri macam dalam poster di atas.
Nak dapatkan set kurus Shaklee boleh hubungi saya Cikgu Tini di: www.wasap.my/60182777451/setkurusshaklee
No comments:
Post a Comment