Sunday, March 5, 2023

TIPS DAN TEKNIK SEO UNTUK JUALAN DI SEMUA PLATFORM MARKETING

Malam tadi benarlah Tuhan pilih aku untuk menerima ilmu hebat ini.

Kisahnya aku kat Cameron Highland dengan percutian yang tak dirancang sebenarnya. Kak Lopa datang ke rumah Jumaat pagi, tiba-tiba keluar cadangan "Jom gi Cameron, tak jauh dah dari Tanjong Malim ni"

Bila J suami pujaan aku bagi green light, apa lagi esoknya kami redah laluan Tapah - Cameron. Memang jam la kat atas sana nun, cuti sekolah hari Sabtu Ahad pula tu. Hadap je lah nak berjalan sangatkan.

Malam tu kat hotel sambil tidurkan Eshal, belek-belek hp, tengok Master Umi Sharifah update kat grup Tips dan Teknik SEO Untuk Jualan di Semua Platform Marketing. Mula tu aku tengok posternya nampak lain dari poster yang Umi selalu share. "Kelas apa ni?" Hati tertanya-tanya.  Tengok poster pula teknik jualan di semua platform marketing. Apa lagi jari laju klik link zoom yang diberikan.

Sekali nampak Master Norita tengah bercakap. Aku kalau nampak Master Norita memang tak lepas peluang sebab aku tahu, akan dapat ilmu lain dari yang lain malam ni. Mula-mula dengar aku tak berapa faham sebab aku masuk kelas agak lewat.

Lepastu Master Salwa start bercakap. Hati dah terdetik lain macam kelas malam ni. Aku pernah dengar perkataan SEO tapi tak fahami dengan mendalam fungsi SEO walaupun sebenarnya kita guna setiap hari SEO ni.

Contoh kita nak cari sesuatu benda, kita akan search dengan keyword yang kita nak kat Google. Jadi Google akan bawa kita kepada artikel, page, blog apa saja yang berkaitan yang apa yang kita cari. Kita nak orang google bawa orang yang cari supplemen beyond organic yang diuji selamat, berkesan dan ratusan tahun telah dipercayai kepada kita melalui keyword SEO yang tepat.

Jadi tujuan kelas malam tadi adalah untuk leader-leader Shaklee tak kira dari grup mana pun untuk kita akan sama-sama bangkit untuk projek besar Blog Mega Shaklee 2.0. Blog Mega Shaklee 1.0 aku tak sempat join masa tu aku cuma consume product Shaklee sahaja belum nak buat bisnes lagi. Kali ni aku join.

Kita nak ulang balik zaman Shaklee pernah meletop pada tahun 2013-2014. Kalau kita mampu boom pada zaman belum ada Tiktok, zaman medsos masih biasa-biasa, zaman content belum jadi "king" lagi, kenapa kita tak boleh ulang sekarang? Malahan sebenarnya kita boleh jaun buat lebih baik dari tu.

Justeru itu malam tadi master-master hebat menyeru siapa yang komited nak ubah diri, nak bantu keluarga, nak jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah tinggalkan anak-anak, nak keluar dari comfort zone dan nak tambah amal untuk bekal di sana sama-sama join projek Blog Mega 2.0. Padu kan?

Dan aku sahut cabaran itu. 

Bukan kerana aku jual produk Shaklee untuk duit semata. Ya, zaman ni nak bergerak seinci pun perlukan duit. Tapi kerana bisnes Shaklee ini satu dakwah. Dakwah untuk orang lebih sihat. Bila sihat senang nak amal ibadah. Aku pegang kata-kata Master Norita malam tu.

Bukan kerana aku ni baik sangat nak berdakwah bagai. Sebab aku tak berapa baik lah aku nak kumpul pahala, kumpul amal tapi dengan cara bisnes Shaklee. Amal ibadah ni bukan sekadar berada atas sejadah 5 waktu sehari. Luas konsepnya, jadi kita kena belajarlah, kena cari ilmu kalau tak tahu.

Dengan bisnes pun boleh berdakwah. Tapi aku pilih bisnes Shaklee untuk salah satu cabang dakwah walau aku bukan ustazah, lain macam bunyinya kan? Next entry aku cerita.

#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023



No comments:

Post a Comment