Sebelum aku jumpa bisnes Shaklee ni dah macam-macam bisnes aku cuba. Dari jual pekasam hingga jual kain baju. Genetik bisnes tu dah ada dalam darah aku. Aku sangat suka dan aku buat apa yang aku suka. Hingga akhirnya aku tersuka dengan bisnes Shaklee ni.
Kenapa? Jom aku jelaskan.
Produk yang dikenali dan dipercayai.
Sebut je Shaklee jarang orang tak kenal. Jadi aku fikir mudah untuk kita jual produk yang dah dikenali. Tak perlu nak struggle memperkenalkan produk hebat ini. Dah lebih 100 tahun produk ni kat pasaran. Kalau tak selamat dan berkesan dah lama Shaklee ni lenyap kan? Di saat lambakan produk timbang kilo di pasaran, baik jual produk yang ada kajian dan penyelidikan sains. Jadi ianya selamat. Kurang la dosa sikit kalau dok jual produk yang orang makan mendatangkan penyakit lain pula. Kesian kat orang kan? Bayangkan orang tu mak ayah kita yang terkena dengan produk yang tak selamat. Minta dijauhkan.
Produk yang ada kajian lapangan.
Jarang ada syarikat produk kesihatan berani buat kajian lapangan. Tapi Shaklee berani buat. Dan hasil kajian pengguna yang ambil produk Shaklee, kesihatan mereka jauh lebih baik daripada pengguna yang tak ambil produk kesihatan dan yang ambil produk kesihatan secara tak konsisten. Nah, terbuktikan. Semua maklumat kajian ada kat web Shaklee, boleh baca.
Mudah nak beli.
Ya, kau duduk ceruk mana pun asalkan ada internet dan smartphone, buka website Shaklee, order. Shaklee poskan pula ke serata customer kita seluruh pelusuk Malaya. Awak dok umah sambil baring depan tv pun boleh buat order. Sambil sidai baju pun bisnes masuk bila customer order sendiri kat website Shaklee. Oh, senang yakmat buat bisnes ni.
Ada banyak bonus.
Banyak weh bonus Shaklee ni, bukan setakat kau dapat untung runcit. Tengah bulan bonus tunai masuk dalam akaun. Saat orang lain mula bercatu belanja nak sampai hujung bulan, kau dah ada duit masuk tengah bulan. Lega weh. Macam-macam boleh buat, boleh beli barang dapur, belanja anak-anak, mak ayah, sedekah kat jiran dan macam-macamlah. Kita akan rasa seronok bila tengok orang yang kita sayang seronokkan? Belum kira lagi leadership bonus, car bonus. Uiii sebab tu orang Shaklee ni senyum sentiasa, hati senangkan. Master-master Shaklee tu kalau tengok bonus mereka, buntang mata kita.
Grup Support bagus.
Biasalah kita ni manusia, kadang malas, kadang rajin, kadang ikut suka hati. Tapi bila kita ada grup support yang selalu beri semangat kita tak sempat nak rasa malas. Kita dicabar untuk buat lebih baik dari hari ke hari. Ada leader dan kawan yang tak jemu doakan dan berikan semangat kepada kita, apa lagi yang kita tak nak? Tak ada alasan untuk tak berjaya. Ada juga sahabat yang ingatkan tentang amal untuk akhirat. Sebab bisnes Shaklee satu dakwah iaitu dakwah mengajak orang lebih sihat dan mudah amal ibadat. Duit dapat, sihat dapat, pahala pun dapat. Rugi kalau kita tolak peluang ni kan?
Bahan marketing terlalu banyak.
Ya, bila join Shaklee, nak apa? Semua ada. Nak poster cantik meletop berlambak ada. Nak video produk semua ada. Tinggal ambill dan guna sahaja. Tapi kalau ada kemahiran dan ruang buatla poster sendiri yang cantik-cantik untuk promo. Orang suka tengok benda cantikkan? Jadi gunakanlah untuk menjana pendapatan.
Ilmu kesihatan dan produk dari pakar.
Bila kita jual produk kesihatan kita perlu ada ilmu. Baru kita boleh terangkan pada pelanggan dengan yakin dan cadangkan produk yang betul. Ilmu ini bukan sahaja untuk kita menjual sebenarnya tapi untuk diri kita sendiri juga. Dan yang berkongsi tentang ilmu tentang kesihatan ini adalah terdiri daripada pakar nutrisi yang diiktiraf oleh Shaklee. Bukan kaleng-kaleng kepakarannya.
Plan marketing Shaklee yang tidak menindas.
Ramai orang kata Shaklee ni MLM yang mengkayakan orang atas sahaja. Tidak sebenarnya. Orang atas tu kaya sebab usaha dia. Daripada kita mengata baik kita ikut apa yang dia buat sehingga dia berjaya. Bisnes Shaklee ni bisnes kita sendiri, kita lah boss. Kita yang handle bisnes kita. Nak terbang tinggi atau nak terjunam menyembah bumi kita yang putuskan sendiri.
Bisnes yang boleh diwarisi.
Bisnes Shaklee ni kita mula dengan modal RM 35 je sebenarnya. Tapi bila organisasi kita berkembang besar, bonus kita yang RM35 dah bertambah 000 dibelakangnya dah jadi berapa? Jumlah itu boleh diwarisi oleh anak-anak kita. Bukan orang gomen je ada pencen. Orang Shaklee pun ada pencen. Hebatkan?
Inilah sebab utama kenapa aku pilih bisnes Shaklee. Dan InsyaAllah akan bersama Shaklee selamanya.
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
No comments:
Post a Comment