Orang kata bila anak ramai susah nak bawa bercuti. Macam-macam nak kena uruskan. Kos juga besar.
Jadi di sini saya cadangkan tips travel bersama anak ramai. Saya ada 5 orang anak. Jadi keluarga kami agak besar. Dan setiap tahun kami memang plan travel bersama 4 lagi famili kawan-kawan.
Jadi jumlah rombongan percutian kami lebih kurang 20 orang dengan 5 buah kereta. Perkara pertama yang akan kami lakukan adalah:
Pilih Tarikh Awal
Nampak mudah, tapi nak cari tarikh yang semua orang dapat ikut tu bukan senang. Jadi kami akan pilih tarikh seawal 6-10 bulan sebelum pergi bercuti.
Booking Homestay Awal
Disebabkan kami pergi dalam jumlah yang ramai. Kami perlu dapatkan homestay sekurangnya 5 bilik. Kalau jatuh waktu cuti sekolah atau perayaan, kebanyakkan homestay penuh. Jadi kami akan booking seawal 10-12 bulan sebelum.
Homestay kami wajib ada kolam renang dan dan ada dapur. Kolam untuk biarkan anak-anak mandi puas-puas dan enjoy.
Dapur wajib sebab kami akan masak menu utama selain dari cari makanan viral di tempat kami bercuti.
Menabung
Ini antara perkara paling penting. Bila pergi bercuti dalam jumlah keluarga yang ramai. Perbelanjaan makan minum juga tinggi. Jadi kami memang ada tabung percutian kami setiap bulan.
Tiba masa yang dirancang, homestay kami dah dibayar dengan duit tabungan tadi.
Beli Bahan Mentah Sendiri.
Dengan duit tabungan tadi, kami akan senaraikan bahan mentah untuk dibeli dan rancang menu yang akan kami masak di homestay nanti. BBQ wajib ada. Sambil bakar ayam, sotong, kambing kami sembang-sembang tepi kolam sambil tengok anak-anak mandi.
Rancang Tempat Yang Perlu Dilawati
Bila bergerak dalam jumlah yang ramai. Kami perlu bersedia awal. Biasanya kami dah rancang nak melawat di mana. Pagi-pagi dah siap sarapan terus keluar.
Persediaan Barang-Barang Anak-Anak
Setiap anak wajib ada beg sendiri. Kemas sendiri pakaian sebelum bertolak. Susun pakaian setiap pasang dan gulung elok-elok masuk beg. Kalau untuk 3 hari kena kira berapa pasang baju wajib bawa. Kalau tak cukup, boleh sahaja pergi dobi.
Begitulah, percutian yang menyeronokkan bila anak-anak depan mata kita. Anak-anak gembira, kita senang hati.'
Oh ya setakat ini kami dah ke Melaka, Bukit Tinggi, Morib, Penang dan hujung tahun ini akan ke Perlis. Homestay semua dah booking.
Moga dipermudahkan.
No comments:
Post a Comment