Friday, June 2, 2023

KATA MOTIVASI TUHAN TAK PERNAH LUPA



Kadang-kadang kita rasa kenapa aku masih begini? Kenapa dunia tak adil? Kenapa aku rasa tension? Kenapa ada saja orang yang mengata? Apa saja yang dibuat semua tak kena di mata manusia.

Kita lupa, ada 'mata' Tuhan yang memandang kita dengan penuh kasih sayang.

Kadang Tuhan hantar teguran dalam pelbagai bentuk dan cara. Mungkin melalui seseorang yang menegur kita secara direct atau secara sinis. Kadang menusuk hingga ke hati.

Yang menusuk itulah kita perlu muhasabah balik diri kita. Mungkin ada terkhilaf kata atau perbuatan tanpa sedar kita lakukan yang telah melukakan hati-hati tertentu.

Maka bila ada sesuatu yang menyentuh hati kita, maka kita perlu lebih berhati-hati dalam setiap tindak tanduk, kata-kata dan perbuatan kita terhadap orang lain.

Secara analoginya orang bisnes seperti saya. Ada kala dok promo barang sehingga secara tak sengaja mendesak orang membeli dengan kita. Bila orang menolak, hati kita mula berkata sinis. Pandangan kita pada dia mula tak berapa manis.

Kan dah tertitik satu dosa. Sedangkan kawan yang belum mahu membeli mungkin ada masalah kewangan pada waktu tersebut atau ada perkara lain yang perlu didahulukan.

Tapi kerana Tuhan sentiasa sayangkan kita, maka kita cepat tersedar dari khilaf tanpa sengaja. Maka istigfarlah.

Ada kala kita resah bila bisnes makin merudum, sale takde. Dah pelbagai cara, teknik dan marketing kita buat tapi masih tak menjadi juga.

Mungkin kita lupa 'marketing' dengan Tuhan Yang Maha Kaya. Semak balik solat kita, awal waktu atau penghujung waktu. Berapa kali bangun bersujud di hening pagi minta pada Dia pemilik alam semesta. Berapa kerap sedekah kita? Bagaimana akhlak kita dengan 'pemegang' kunci syurga? Ibu dan ayah kita.

Banyak yang kita lupa dek terlalu mengejar dunia. Tapi Dia, Tuhan kita tak pernah lupakan kita. Renung balik berapa banyak nikmat yang mahu kita dustakan. Nikmat sihat, nikmat masih boleh menulis, nikmat masih boleh buat bisnes, nikmat segala-gala disekeliling kita yang banyak tak terkira.

Jadi jangan pernah putus asa. Teruskan usaha selagi ada daya. Kerana kita Tuhan Yang Maha Penyayang, yang tak pernah pilih kasih pada hambaNya. Jika usaha belum menampakkan hasil mungkin belum sampai masanya. Tapi Dia tak pernah lupa doa dan usaha kita.

Teruskan mencari kata-kata motivasi untuk diri kita agar kekal sebagai manusia yang memberi manfaat kepada orang lain jua.



No comments:

Post a Comment